Cuti sekolah 2026 Kumpulan A dan Kumpulan B
Hari persekolahan terakhir 2026 ialah Khamis, 3 Disember bagi Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan Jumaat, 4 Disember bagi Kumpulan B. Cuti Akhir Persekolahan berlangsung hingga 31 Disember 2026. Sebelum itu, sekolah mendapat cuti tambahan Deepavali pada 9 atau 10 November, bergantung pada kumpulan dan negeri.
Cuti Deepavali 2026 di sekolah
Deepavali jatuh pada Ahad, 8 November 2026. KPM memberi satu hari cuti tambahan kepada setiap kumpulan. Kumpulan A bercuti pada Isnin, 9 November. Kumpulan B kecuali Sarawak bercuti pada Selasa, 10 November. Pada Isnin, 9 November, negeri Kumpulan B dijangka bercuti ganti Deepavali, jadi kebanyakan murid Kumpulan B tidak bersekolah pada 9 dan 10 November. Deepavali bukan cuti umum di Sarawak, dan sekolah di Sarawak diberi satu hari cuti peruntukan KPM pada Isnin, 9 November.
Kumpulan A 2026
| Tempoh | Mula | Akhir | Jumlah |
|---|---|---|---|
| Penggal 1 | Ahad, 11 Januari 2026 | Khamis, 19 Mac 2026 | 44 hari sekolah |
| Cuti Penggal 1 | Jumaat, 20 Mac 2026 | Sabtu, 28 Mac 2026 | 9 hari |
| Penggal 1 | Ahad, 29 Mac 2026 | Khamis, 21 Mei 2026 | 40 hari sekolah |
| Cuti Pertengahan Tahun | Jumaat, 22 Mei 2026 | Sabtu, 6 Jun 2026 | 16 hari |
| Penggal 2 | Ahad, 7 Jun 2026 | Khamis, 27 Ogos 2026 | 58 hari sekolah |
| Cuti Penggal 2 | Jumaat, 28 Ogos 2026 | Sabtu, 5 September 2026 | 9 hari |
| Penggal 2 | Ahad, 6 September 2026 | Khamis, 3 Disember 2026 | 62 hari sekolah |
| Cuti Akhir Persekolahan | Jumaat, 4 Disember 2026 | Khamis, 31 Disember 2026 | 28 hari |
Jumlah hari persekolahan Kumpulan A: 204 hari.
Kumpulan B 2026
| Tempoh | Mula | Akhir | Jumlah |
|---|---|---|---|
| Penggal 1 | Isnin, 12 Januari 2026 | Jumaat, 20 Mac 2026 | 43 hari sekolah |
| Cuti Penggal 1 | Sabtu, 21 Mac 2026 | Ahad, 29 Mac 2026 | 9 hari |
| Penggal 1 | Isnin, 30 Mac 2026 | Jumaat, 22 Mei 2026 | 39 hari sekolah |
| Cuti Pertengahan Tahun | Sabtu, 23 Mei 2026 | Ahad, 7 Jun 2026 | 16 hari |
| Penggal 2 | Isnin, 8 Jun 2026 | Jumaat, 28 Ogos 2026 | 58 hari sekolah |
| Cuti Penggal 2 | Sabtu, 29 Ogos 2026 | Ahad, 6 September 2026 | 9 hari |
| Penggal 2 | Isnin, 7 September 2026 | Jumaat, 4 Disember 2026 | 62 hari sekolah |
| Cuti Akhir Persekolahan | Sabtu, 5 Disember 2026 | Khamis, 31 Disember 2026 | 27 hari |
Jumlah hari persekolahan Kumpulan B: 202 hari.
Cuti tambahan perayaan 2026
Jadual ini menyenaraikan hari tambahan yang diperuntukkan KPM bagi Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali pada 2026. Hari Raya Aidilfitri (21 dan 22 Mac) jatuh dalam Cuti Penggal 1. Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh dalam Cuti Pertengahan Tahun, manakala Hari Krismas jatuh dalam Cuti Akhir Persekolahan.
| Perayaan | Kumpulan A | Kumpulan B | Catatan |
|---|---|---|---|
| Tahun Baharu Cina 17 & 18 Februari 2026 | Ahad, 15 Februari Isnin, 16 Februari Khamis, 19 Februari | Isnin, 16 Februari Khamis, 19 Februari Jumaat, 20 Februari | Tiga hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. |
| Hari Raya Aidilfitri 21 & 22 Mac 2026 | Khamis, 19 Mac | Khamis, 19 Mac Jumaat, 20 Mac | Satu hari cuti tambahan untuk Kumpulan A dan dua hari untuk Kumpulan B. |
| Hari Deepavali 8 November 2026 (kecuali Sarawak) | Isnin, 9 November | Selasa, 10 November | Satu hari cuti tambahan untuk Kumpulan A dan Kumpulan B (kecuali Sarawak). Sekolah di Sarawak diberi cuti pada 9 November 2026. |
Selepas cuti akhir tahun
Sesi persekolahan baharu bermula pada Isnin, 4 Januari 2027 bagi kedua-dua kumpulan. Ini bermakna Cuti Akhir Persekolahan Kumpulan B berlangsung 27 hari dalam 2026, diikuti hujung minggu 2 dan 3 Januari 2027 sebelum sekolah dibuka. Takwim penuh tahun depan, termasuk lima hari tambahan Tahun Baharu Cina bagi Kumpulan B, ada dalam cuti sekolah 2027. Bagi ibu bapa yang merancang percutian akhir tahun, Hari Keputeraan Sultan Selangor (11 Disember) dan Hari Krismas (25 Disember) yang jatuh pada hari Jumaat menyediakan dua hujung minggu tiga hari di Selangor. Butirannya ada dalam baki cuti umum 2026.
Sumber
Tarikh disalin daripada Kalendar Akademik 2026 (PDF, Kementerian Pendidikan Malaysia), Lampiran A, B dan C.
Soalan lazim
Bilakah cuti akhir tahun sekolah 2026 bermula?
Cuti Akhir Persekolahan bermula pada Jumaat, 4 Disember 2026 bagi Kumpulan A dan Sabtu, 5 Disember 2026 bagi Kumpulan B. Kedua-duanya berakhir pada 31 Disember 2026.
Adakah sekolah cuti pada 10 November 2026?
Ya, bagi sekolah Kumpulan B kecuali Sarawak. Ia cuti tambahan Deepavali yang diperuntukkan KPM. Sekolah Kumpulan A dan sekolah di Sarawak bercuti pada 9 November.